Sunday, December 20, 2009

kenduri

hello kawan kawan, almost 2days aku away dari dunia social networking dan juga blog. almaklum la cuti cuti ni, banyak la pulak kenduri kenduri. untuk pengetahuan u allzz, i tak suka pergi kenduri. kenapa? sebab bosaaaaaannnnnn.. melainkan kalau ada kawan atau teman berborak. tapi kalau jadi lone ranger masa kenduri ni, i tak suka lah! 

ok ok, semalam pagi pagi lagi aku dan family dah bertolak ke rawang. kitorang terpaksa la keluar awal pagi sebab adam nak kena ambik gamba wedding dekat kawasan perumahan area templer park. so, kitorang kena drop dia dekat situ la. lepas drop dia, kitorang terus ke rawang rumah orang kahwin. sepupu ibu kahwin dan nama dia pun siti nadiah, okayyyy.. nama nak sama pulak kan dengan aku.. mana tahu lepas lepas ni aku pulak yang kahwin. hehehhe disebabkan aku tak ada kawan untuk berborak, aku pun mesej mukh suruh dia culik aku dekat situ. mukh pun dengan setianya mengikut arahan aku dan memulakan operasi menculik pada pukul 3 petang. tapi aku dah bagi tahu ibu la mukh nak culik aku hehehe bosan la duduk kat kenduri lepas tu penat menjawab soalan soalan / komen komen makcik makcik yang dah lama tak jumpa tu. 'belajar kat mana, nadiah?' 'kenapa kurus sangat ni? diet ke?' 'dah makan ke belum ni?' dan lain lain.

nasib la ada mukh jadi wonderpet. kitorang tak jumpa lama pon. lepas pergi tengok kawan dia dekat hospital, kami pergi makan dekat tempat kegemaran ramai iaitu, IKEA! yeay! tapi nak cari parking dekat situ pada hari sabtu sangat la susah. pusing pusing 16kali baru jumpa parking. itu pun lepas kami ikut akak dengan abang ni dari belakang. sangat adventure. ok, parking dah dapat. masuk je ikea, mak ai ramai nye manusia. pergi ke tempat makan, nauzubillah lagi la ramai. tak pernah pernah aku beratur panjang  nak makan kat situ, semalam aku kena beratur la pulakkkk. haih, membazir waktu aku dating je. tapi apa kan daya, aku nak jugak makan kat situ. makan makan makan, jalan jalan jalan. kami pun pulang. mukh hantar aku dekat rumah alang, sebab ibu daddy semua tidur sana. tadi lepas maghrib ada doa selamat dekat rumah alang. so, kami kena tolong la apa yang patut. lepas kemas kemas, terus balik. daddy kerja esok subuh. 

penat penat. tak lama lagi nak daftar kolej. tak sabar nyaaaa! 

p/s: maap la, memang takde gamba.

orang penat tapi happy,

nadiah.

No comments: