bila aku jadi bosan dan tak ada benda nak buat, macam-macam benda yang aku fikirkan. kadang-kadang sampai menangis sorang-sorang dalam gelap. aku teringat masa aku masih bersekolah menengah, masa tu aku masih dalam tingkatan 5. 2 tahun aku bersekolah di sekolah teknik bentong,pahang. tapi selama itu lah aku tak faham lagi dengan perangai orang yang aku anggapkan sangat kampung. mungkin beberapa orang pelajar di sekolah tu je boleh aku tafsir kan sebagai normal. aku bukan nak merendah kan orang yang duduk di kampung, sedang kan aku juga tinggal di dalam kawasan kampung di sepang. apa yang aku maksud kan sebagai kampung di sini ialah berkenaan dengan sikap mereka. sikap yang boleh tengok orang senang, cepat cemburu, sangat berpuak-puak, dan berfikiran sangat sempit.
semasa aku di tingkatan 5, kelas aku dan juga kelas lain telah dirombak. pelajar yang bagus keputusan nya ketika di tingkatan 4 akan ditukar kan ke kelas pertama. keputusan aku ketika di tingkatan 4 boleh dikatakan bagus dan masuklah aku ke kelas pertama. boleh dikatakan semua pelajar di kelas pertama tersebut agak skema dan aku terpaksa lah join the club. di dalam kelas tersebut ada 27orang pelajar. ada 6orang lelaki dan selebihnya perempuan. kedudukan di dalam kelas itu disusun secara berpasangan dan salah seorang akan duduk seorang diri. ketika itu, aku lah yang paling malang. sampai hujung tahun aku duduk seorang diri. sedih kan? mungkin masa dulu, aku tak kenal lagi maksud 'mau pikiaq'. tapi kalau perkara tersebut berulang kembali pada hari ini, aku mau pikiaq!
aku boleh dikatakan sebagai seorang yang penyabar dan tak banyak kerenah. aku jenis tak kisah dan apa saja pon boleh. tapi disebabkan perangai aku yang itu, aku telah dipijak dan kawan-kawan aku semua nya tak hormat diri aku. suka-suka hati je nak pulau aku sedang kan tak ada apa yang aku buat salah. mentang-mentang aku tak pandai nak melawan, mentang-mentang mulut aku tak laser macam korang, korang nak pulau aku pulak kan. sekarang, bila dah habis sekolah, korang pulak yang terhegeh-hegeh cari aku balik. sibuk-sibuk mesej bapak aku nak mintak nombor telefon aku. padahal aku tak ada sekelumit pun rasa nak cari korang balik. ala, aku kan budak yang korang pulau kan dulu. tapi kalau korang cerita buruk-buruk pasal aku dan cuba untuk kumpul ahli-ahli puak korang untuk pulau aku pada hari ini, cubalah. aku dah pandai melawan tau sekarang. mulut aku pun dah laser. dah tak macam dulu lagi. sebab aku dah penat jaga hati orang lain, orang lain tak jaga hati aku pun. sekarang ni, aku mau pikiaq!
hei, kawan-kawan sekolah lama aku! aku ni dah bertukar jadi Nadiah yang baru tau. aku berkali ganda jahat daripada korang dulu. dulu masa sekolah boleh lah korang nak tunjuk otai, sekarang cubalah. bak kata orang puteh, over my dead body la!
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment