cuti semester sudah hampir 3minggu dan aku masih lagi melakukan perkara yang sama setiap hari. emosi pula semakin tidak menentu. kadang-kadang apa yang aku rasa pun aku tak tahu. tengok tv, tengok orang lain berjaya atau menang sesuatu, aku pulak yang rasa nak menangis kegembiraan. rasa macam aku pulak yang ada kat dalam tv tu menang hadiah. lepas tu, bila tengok bil api rumah bulan ni terlampau banyak, aku tiba-tiba rasa sedih sebab rasa kesian kat daddy kena bayar bil yang banyak tu.
untuk pengetahuan korang, hp aku rosak sebab adik aku yang kecik sekali tu baling. habis skrin pecah tapi still boleh terima incoming call dan buat outgoing call. cuma tak boleh nak baca mesej je la. dengan ikhsan kawan aku, dia bagi pinjam hp dia buat sementara waktu. tapi dia ambil balik dah hari tu. yela, hp orang kan, nak kata apa pula. dah dia nak balik, bagi je la. jadi, sekarang ni aku guna lah hp lama ibu yang memang lagi sikit aku rasa akan rosak. dengan keypad yang semakin susah nak tekan dan cover belakang hp dah tak ada, memang aku rasa terseksa jugak la guna hp tu.
baru-baru ni, aku dan famili pergi beli barang keperluan rumah dekat Tesco Seremban. memang banyaklah barang yang kitorang beli. maklum lah famili aku sangat besar dan kuat makan. lepas habis bayar semua barang, daddy pon pergi lah dekat kedai kedai hp dekat situ. daddy bercadang nak belikan hp untuk ibu sebab aku dah guna hp ibu. jadi, dapat lah ibu satu hp baru. aku sebenar nya berkenan dengan satu hp ni. harga tak mahal mana. boleh la. tak ada la sampai beribu. aku memang dah lama nak kan satu hp baru. masa aku dapat duit banyak hari tu, aku sibuk berjoli sampai takbeli hp. sekarang baru nak rasa menyesal. aku cakap kat ibu aku sambil tunjuk hp yang suka tu, 'ibu, kalau kaklong dapat 3pointer keatas untuk exam kali ni, boleh tak kaklong nak hp tu?' ibu cakap, 'boleh, beli lah guna duit sendiri' . hurmmm..
sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku rasa sedih sangat. rasa macam nak menangis je. kalau korang nak tahu, sampai sekarang, aku tak pegang lagi hp baru ibu tu. bila sampai dekat rumah, aku tunggu mukh call. aku tahu mukh penat, aku tak nak buat dia marah. mukh pon call. aku cakap kat dia yang aku sedih. tengok hp tadi, nak sungguh-sungguh hp tu. aku cakap, aku jeles tengok ibu ada hp baru. mukh cakap, tak payah la nak materialistik. biarkan saja. mukh kata, dia faham aku mahu kan sesuatu yang lebih baik tapi bukan sekarang. mungkin lain kali, bila dah ada wang yang cukup. aku menangis sebab rasa sedih. aku memang selalu macam ni. mukh kata lagi, jangan sedih. masalah datang bila kita rasa tak selesa. jadi, elakkan rasa tak selesa itu. buat macam biasa saja.
dan aku, sampai sekarang dan masih lagi buat macam biasa. mungkin sebab apa yang aku ingin lakukan sedikit terbatas berbanding ketika aku di kolej. dan itu buat aku rasa tidak selesa sekaligus mendatang kan masalah yang susah ditafsir oleh diri aku sendiri. sehinggakan bagaimana rasa nya gembira pon aku dah lupa. dan bagaimana rasa nya seronok berjumpa dengan kawan-kawan pon aku dah lupa juga. aku rasa seperti aku malas untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan lebih seronok sendirian sebab aku sudah tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesi berborak dengan mereka. tiada lagi cerita-cerita menarik yang boleh aku cerita kan lagipun.
maaf, aku memang sudah no wave.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
kesiannn
ah benci la hidup dengan hidup aku
Post a Comment