seronok juga naik komuter bila tak ramai orang (bukan peak hour). dapat tengok macam-macam gelagat yang kadang-kadang buat kita gelak sorang diri. hehe bila time ramai orang dalam train selalu nya, kita tak dapat nak tengok gelagat orang ramai sebab aktiviti tolak menolak memang tak pernah habis. dengan panas nya.. nak tengok muka orang lain pun tak lalu.
tapi bila tak ada orang ramai, ni la masa nya kita nak tengok gelagat orang ramai yang kita tak kenal. macam gambar (1) nampak tak apa yang dalam bulatan merah tu? pakcik tu tengah pegang tasbih tau. dalam train pun masih ingat tuhan, masih ingat nak berzikir. kita yang lain ni bila dalam train, ingat nak cepat sampai mid valley je hehehe.
gambar (2) pulak sebenarnya aku nak tunjuk gambar amoi cina dan kaklong yang tengah tido tu. aku tak pasti macam mana diorang boleh tido lena dalam train tuh. mungkin penat sangat kot. kat sebelah amoi dengan kaklong tu tersepit pulak gambar Nana yang penyibuk.
gambar (3) hanya gambar hiasan yang aku ter-upload tapi malas nak delete sebab rasa macam rugi. nak upload gambar mengambil masa yang sangat lama, jadi simpan je la gambar ni sebab ia telah mencuri masa aku yang banyak. baik jangan membazir. heh
dan last sekali (4) ialah gambar seorang jejaka cina yang sedang membaca surat khabar sambil mendengar mp3. lagu apa aku tak tahu sebab aku tak dengar. tapi dia guna iphone kiott!! sepanjang perjalanan aku kat dalam train tu aku asyik tengok dia men-touch screen iphone nya dengan perasaan yang..*eeee.. tak tahu nak cakap mcm mana perasaan aku ni.
tu je la.. apa yang aku nampak dalam train dengan mata kasar aku. haih aku bosan la!!
bluweeekk!!!!
1 comment:
yg pegang kote tu psepa? sejuk ka? :D
Post a Comment