Monday, March 30, 2009

the new begin.



(gambar-gambar baju baru tapi lama. heh!)

setelah sekian lama tidak meng-update blog aku ni, baru hari ni aku tergerak hati untuk menaip-naip. aku bukan apa, laptop aku sudah lama ditinggalkan di rumah kerana malas nak menjaganya di hostel yang banyak pencuri ni. heh. ok, hari aku ke kolej macam biasa tapi tidak masuk kelas. haha. lepak di cafe sampai kembung-kembung perut minum air free (air kosong).


sebenarnya, hari ni kolej aku telah tiba-tiba menjadi port shooting pelakon-pelakon melayu tipikal untuk drama apa apa entah yang aku rasa kualitinya sangat rendah sekali (maaf ya mukhlis, saya tahu awak peminat setia drama melayu Malaysia). nama pun pelakon datang kolej, ramai la kaklong-kaklong KPTM yang bergambar dengan para pelakon yang ada itu. aku hanya duduk dan ketawa dan mengatakan sebelum pukul 12malam ini, pasti gambar mereka bersama pelakon melayu tipikal itu sudah siap di-upload di myspace, friendster, facebook dan seangkatan dengan nya. dan, seterusnya mengepos buletin meminta komen. haha.


selepas itu, aku pun terus ke bilik lecturer HPD ( pengucapan awam) untuk membuat presentation berkumpulan. sangat bosan dan panjang sungguh text kumpulan kami. kelas seterusnya masih lambat lagi dan aku pun menumpang izzah sehingga ke bundle seksyen 5. untuk pengetahuan anda semua, saya tak pernah membeli baju di bundle dan ini kali pertama. kat atas tu baju baju yang aku beli la, except dress warna putih tu sebab tu nana punya. but it looks nice on me right? aku ada beli sweater sekali tapi lupa nak snap pula. semua yang aku beli cuma ber-cost rm15! haha excited sial beli baju murah. nana pun excited gila. kat bundle tu, banyak dress-dress vintage yang aku selalu jumpa kat online-shopping's blog. tetapi yang ini cuma rm5 sahaja. memang sama. vintage gila lah. cuma terlalu labuh untuk aku yang pendek ni. jadi, aku tak belilah. :)
itu sajalah yang aku nak cerita.
bluueeekk!

1 comment:

Anonymous said...

one word "gewwwwdickkkk" hahaha