Thursday, January 1, 2009

selamat tahun baru

selamat tahun baru kepada semua. semoga lebih bagus pada tahun 2009 ini ya. aku pun memang berharap begitu. terlampau banyak aturan hidup yang berterabur dan tidak teratur. masih banyak perlu dibelajar dan diubah-ubah di sana sini.terlampau banyak sehingga perlu didrop dan diadd pada tahun hadapan. hehe perlu perlahan-lahan dan dibuat satu-persatu.semoga berjaya nadiah! aku bersalah kepada diri aku sendiri kerana terlampau ikutkan perasaan dan nafsu. bersorak semua syaitonnirojim di sekeliling aku. melompat-lompat dan terkinja-kinja kegembiraan melihat kekalahan ku melawan nafsu. ketika aku cuba untuk mengatur kehidupan aku kearah lebih bagus, aku amat perlukan seseorang yang boleh mempengaruhi aku secara positif. bukan sekadar sahabat biasa atau kaum keluarga. aku perlukan seseorang yang istimewa, yang lebih dari seorang sahabat untuk mengguide aku pada masa ini. sahabat istimewa itu lah yang akan menjadi idola dan tempat untuk aku menanam azam. dia juga la orang yang akan membuat kan aku kuat melawan semua cas negatif. dia juga orang yang akan sering mengingat kan aku kejalan kebenaran dan menjadi kan aku seorang manusia yang berjati diri sempurna. aku cuma perlukan seorang. tak perlu ramai. seorang saja. dan aku dah jumpa siapa dia. 

dialah dinosour ku.

No comments: